Program Bersama Giatmara Putrajaya - Modul Photoshoot Product

18 Februari 2023 | Aktiviti Terkini

17 Februari 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan modul permulaan untuk sesi 2/2023 bersama pelajar Giatmara Putrajaya di PEDi Presint 9 Fasa 10 bertajuk Modul Photoshoot Product. Program dimulakan dengan sesi tayangan video X-break untuk senaman regangan badan sebelum pembelajaran bermula. Modul ini merangkumi teknik mengambil gambar, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Modul ini dikendalikan oleh Puan Sarah, Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan turut dibantu oleh staff PEDi Putrajaya yang lain.

Peserta diberikan tugasan hands on dengan perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay. Program bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:30 tengah hari. Program diakhiri dengan sesi tayangan video Klik Dengan Bijak mengenai “Penyebaran Maklumat Tidak Benar” Seramai 19 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas