Program Aplikasi Quiver Bersama KEMAS Kaktus 2 dan 3

28 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Jumaat, 27 Oktober - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan Program Aplikasi Quiver bersama KEMAS Kaktus 2 dan 3. Program ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 tahun. Program ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 39 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 22 pelajar perempuan dan 17 pelajar lelaki. Program ini juga turut dibantu oleh staf PEDi Presint 9 Fasa 3 dan Pengurus Presint 9 Fasa 10 dan dua orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Program dimulakan dengan pengagihan lukisan kartun untuk diwarnakan menggunakan pensil warna masing-masing.Staf PEDi juga turut membantu menjayakan program dengan memberi tunjuk ajar kepada pelajar dan memberi barang yang tidak cukup seperti pengasah pensil dan sebagainya. Pelbagai lukisan yang cantik dan menarik yang diwarnakan oleh pelajar.Selepas itu,staf akan mengimbas lukisan mereka menggunakan aplikasi Quiver dan lukisan tersebut akan bertukar menjadi 3D. Pelajar menunjukkan reaksi yang teruja dan gembira apabila lukisan mereka menjadi 3D.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas