Program Cuti Sekolah 2023 – Kelas Persembahan Lakonan (soft Skill)

5 Jun 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Jun 2023 (Ahad) – PEDi Putrajaya telah menjalankan satu program sempena cuti persekolahan bagi tahun 2023. Fokus utama program ni adalah untuk memenuhi masa terluang pelajar-pelajar dengan menjalankan aktiviti yang interaktif dan kreatif iaitu persembahan lakonan. Program diadakan bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 18 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar.

Bagi sesi pertama, mereka diberi latihan untuk membuat satu lakonan mengikut tema dan tajuk yang mereka pilih dan merakamkannya dengan menggunakan telefon pintar. Setelah selesai melakonkan watak-watak mereka diajar untuk sunting video lakonan yang mereka lakonkan tadi dengan menggunakan aplikasi capcut. Bagi sesi kedua, mereka diberikan latihan dalam penyampaian nyayian secara berkumpulan. Lagu yang meraka pilih dinyayikan beramai-ramai dalam satu kumpulan dan dirakam menggunakan telefon pintar untuk disunting menjadi lebih kreatif. Kelas ini dijalankan untuk memantapkan lagi soft skill pelajar-pelajar dalam menjalankan sesuatu aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas