Bengkel Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti 2023

20 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Preasint 18 Putrajaya telah menghadiri Bengkel Malaysia ICT Volunteer Bersama Komuniti 2023. Bengkel ini telah diadakan di Hotel Aloft Kuala Lumpur dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam. Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang staff PEDi Wilayah Persekutan dan 30 orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dibawah CKPOKU Jabatan Penerangan Malaysia telah menyertai bengkel ini.

Bengkel ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah Negeri MCMC Wilayah Persekutuan iaitu Encik Alyas Roy Haji Amir. Kemudian bengkel diteruskan dengan sesi pengenalan MIV, inisiatif MCMC lain serta tugasan sukarelawan MIV oleh Puan Hashimah Hashim, Ketua Jabatan Program Komuniti MCMC. Setelah itu, bengkel diteruskan dengan e-bayaran oleh PayNet. Peserta diberi rehat dan minum pagi sebelum bengkel diteruskan dengan sesi seterusnya iaitu sesi perkongsian produk dan perkhidmatan oleh POS Malaysia. Bengkel diteruskan dengan sesi pemasaran menggunakan media sosial oleh Cikgu Yaser Mohd Akhir, Master Trainer MYNIC.

Selepas makan tengah hari dan rehat, bengkel diteruskan dengan sesi penggunaan telefon pintar untuk fotografi, videografi dan aplikasi penyuntingan oleh Skoodeng Studio. Peserta diberi rehat dan minum petang sebelum bengkel disambung semula dengan sesi terakhir iaitusesi kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi oleh Dr.Anuar bin Ali, Timbalan Dekan & Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM. Bengkel diakhiri dengan nyanyian lagu Jalur Gemilang dan sesi bergambar sebelum peserta dijemput untuk makan malam sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas