Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 3

3 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2024 (Jumaat) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 3. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di PEDi Presint 9 Fasa 3. Seramai 27 orang pelajar telah menyertai kelas ini. Pelajar terdiri daripada 27 pelajar perempuan dan 9 pelajar lelaki. Kelas ini juga turut dibantu oleh Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 dan seorang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaannya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar menggunakan papan kekunci dengan mencari abjad-abjad (Keyboarding Zoo) di laman web www.abcya.com dan belajar Matematik serta English di website Wordwall. Kelas diakhiri dengan aktiviti senaman dari tadika Permata Mawip.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas