Latihan Mewarna Digital, Canva & Video KDB

10 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Februari 2024 ( Jumaat ) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Mewarna Digital, Canva & Video KDB . Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 5 orang peserta iaitu 2 lelaki dan 3 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 10 tahun.

Pada permulaan sesi latihan, peserta ditayangkan video “Klik Dengan Bijak” supaya dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk tidak berkongsi tempat tinggal di media sosial ketika berada keseorangan di dalam rumah.Seterusnya, latihan diteruskan dengan menggunakan tab.Peserta diminta untuk mewarna lukisan digital menggunakan tab yang diberikan oleh staf PEDi.Selepas itu,mereka perlu membentang hasil lukisan warna masing-masing dihadapan peserta.

Di samping itu, mereka juga mempelajari cara untuk menggunakan aplikasi canva dengan lebih baik.Mereka diminta untuk menghias reka bentuk muka depan telefon menggunakan kreativiti masing-masing.Staf PEDi juga ada memberi tunjuk ajar supaya mereka tidak kekok untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas