Latihan Asas ICT & Taklimat Video Klik Dengan Bijak

8 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Januari 2024(Ahad) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Asas ICT yang berlangsung selama 2 jam bermula 3.30petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 3 orang peserta.Mereka masing -masing berumur 7 tahun sehingga 9 tahun. Pada permulaan sesi,peserta dibukakan video “klik dengan bijak” supaya dapat memberi kesedaran untuk tidak berkongsi maklumat diri.Peserta juga dapat belajar menggunakan tetikus di dalam aktiviti (number counting to 100) di laman website abcya.com.

Peserta juga didedahkan dengan aplikasi Wordwall dan diberikan penerangan awal daripada petugas PEDi.Seterusnya,peserta memulakan pembelajaran yang diberi tunjuk ajar daripada petugas PEDi.Pelajar dikehendaki membuat quiz matematik pengiraan tambah dan tolak dengan membuat pengiraan menggunakan aplikasi paint.Pelajar juga berpeluang belajar quiz Bahasa Melayu dan quiz Bahasa Inggeris supaya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas