Latihan Asas ICT

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2024(Jumaat) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Asas ICT yang berlangsung selama 2 jam bermula 3.30 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 2 orang peserta.Mereka masing -masing berumur 7 tahun.

Peserta tersebut berpeluang belajar subjek matematik di website abcya.com iaitu “math bingo”. Di dalam website tersebut, mereka belajar mengenai cara mengira dengan baik iaitu operasi tambah dan tolak. Di samping itu,petugas PEDi juga turut membantu dengan memberi tunjuk ajar mereka supaya dapat mengira dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas