Video “Klik Dengan Bijak”,Kahoot,Wordwall dan Teka Gambar

28 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

Sabtu,27 Januari 2024 – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan tayangan video “Klik Dengan Bijak”, Kahoot dan Teka Gambar yang berlangsung selama 1 jam bermula 3.30 petang sehingga 4.30 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 5 orang peserta. Mereka masing -masing berumur 7 tahun sehingga 13 tahun. Pada permulaan aktiviti,mereka ditayangkan dengan video “Klik Dengan Bijak”.Video tersebut berkaitan mengenai pencegahan siber buli.Dengan cara ini,mereka dapat belajar supaya tidak mudah untuk membuli masyarakat di alam maya kerana perbuatan tersebut adalah negatif.

Seterusnya,peserta juga menjawab quiz di website kahoot.com mengenai perkara ICT.Contohnya,quiz berkaitan peralatan computer dan fungsinya,microsoft dan sebagainya.Kesannya,mereka dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai ICT.Di samping itu,mereka juga menjawab quiz di website wordwall dan mengira menggunakan aplikasi paint. Akhir sekali,mereka dapat bermain permainan teka gambar supaya mereka dapat bekerjasama antara satu sama lain untuk mencari jawapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas