Pengenalan Canva

21 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

20 Julai 2024 , Sabtu – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Pengenalan Canva kepada 2 orang komuniti disini. Kelas telah diadakan selama 2 jam bermula pada jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Komuniti yang terlibat berumur10 dan 42 tahun. Kelas dikendalikan oleh Penolong Pengurus NADi Presint 9 Fasa 3 iaitu Cik Amierah.

Sebelum bermulanya kelas, komuniti diberi taklimat mengenai NADi serta fungsinya kepada komuniti setempat. Aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah mengenai pengenalan kepada Canva, cara memasukkan teks, cara memasukkan gambar, cara edit animasi, cara membuat poster, cara membuat logo dan lain-lain. Peserta diberikan tugasan untuk membuat poster perniagaan setelah pembelajaran selesai. Kelas ini dapat membantu komuniti dalam perniagaan yang beliau ceburi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas