Program Cuti Sekolah Mac 2024

4 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2024 ( Ahad ) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Program Cuti Sekolah Bersama komuniti. Program dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3. Program dijalankan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas telah dihadiri oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada 4 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan yang berumur dari 8 tahun hingga 14 tahun.

Kelas dimulakan dengan aktiviti STEM untuk penguasaan motor skills. Pelajar diberikan kertas tugasan dan beberapa kertas warna untuk aktiviti berkenaan. Setelah selesai aktiviti berkenaan, kelas disambung dengan Kuiz Kahoot Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 4. Peserta perlu menjawab soalan menggunakan komputer masing-masing. Akhir sekali, kelas diakhiri dengan Kuiz Kahoot Guess Flag dan tayangan video Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas