Program Keusahawanan Bersama Giatmara Putrajaya- Modul Photoshoot Produk

9 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

8 Mac 2024, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan kelas modul Photoshoot Product bersama pelajar Giatmara Putrajaya di PEDi Presint 9 Fasa 10. Seramai 12 orang pelajar yang terdiri daripada 7 pelajar Perempuan dan 5 pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Kelas dimulakan dengan taklimat modul Photoshoot Product oleh Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3, iaitu Puan Sarah kepada para peserta. Modul ini merangkumi pengenalan kepada produk, teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Peserta turut dibantu oleh staff PEDi Putrajaya yang lain semasa tugasan. Peserta diberikan tugasan hands on dengan perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay. Program diakhiri dengan sesi penilaian gambar peserta dan sesi bergambar dengan peserta di luar premis PEDi Presint 9 Fasa 10.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas