Program Cuti Sekolah: Latihan Mewarna Digital

10 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2024 (Sabtu) - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Mewarna Digital Menggunakan Tablet. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3. Peserta terdiri daripada 6 orang peserta iaitu 1 lelaki dan 5 perempuan. Mereka masing-masing berumur 7 sehingga 14 tahun.

Pada permulaan kelas, Penolong Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3 membuat tayangan video mengenai keselamatan semasa melayari Internet kepada pelajar. Kemudian kelas diteruskan dengan aktiviti mewarna digital menggunakan tablet. Tujuan utama kelas ini diadakan bagi meningkatkan kreativiti pelajar sambil mengasah motor skills mereka. Kelas diakhiri dengan sesi bergambar bersama hasil mewarna masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas