Projek Eksperimen “Volcano Eruption” & Aktiviti Membentuk Tanah Liat

17 Mac 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2024(Sabtu) – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Latihan Asas ICT yang berlangsung selama 4 jam bermula 1.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 3 dan terdiri daripada 6 orang peserta.Mereka masing -masing berumur 7 tahun sehingga 9 tahun. Pada permulaan sesi,mereka disediakan dengan peralatan untuk membuat aktiviti volcano iaitu kadboard hitam,tisu,surat khabar,cat air dan kotak.Aktiviti dimulakan dengan mendirikan volcano menggunakan kotak diatas kadboard hitam.Seterusnya,peserta perlu membasahkan tisu menggunakan air dan melekatkannya disekeliling supaya memudahkan mereka untuk mewarnakannya menggunakan cat air.Peserta perlu menunggu volcano tersebut kering untuk mereka mengecat menggunakan pelbagai warna cat air.

Peserta juga diberikan peluang untuk membentuk tanah liat menggunakan kreativiti masing-masing untuk diletakkan disekeliling volcano yang sudah siap direka.Dengan cara ini,ia dapat menguji kebijaksanaan dan kreativiti mereka dengan membuat pelbagai bentuk & jenis menggunakan tanah liat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas