Kelas Asas Komputer bersama KEMAS Kaktus 1 dan 2

19 Mei 2024 | Aktiviti Terkini

18 Mei 2024 , Jumaat- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 dan Fasa 10 telah menjalankan Kelas Asas Komputer Bersama KEMAS Kaktus 1 dan 2. Kelas ICT ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah diadakan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 43 orang pelajar yang terdiri daripada 19 orang pelajar perempuan dan 24 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu oleh Pengurus NADI Presint 9 Fasa 10 dan 2 orang guru tabika KEMAS. Kelas bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 11.30 pagi.

Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya serta fungsi dan kegunaanya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar sambil bermain dalam aktiviti (Alphabetical Order & Bubbles Matching) di laman web www.abcya.com dan belajar operasi tambah di laman web digipuzzle.net. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman dari tadika Permata MAWIP dan video Omar Hana.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas