Program Info Komuniti & Program Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti Anjuran Komuniti 1 Malaysia & Surau Al-Falah
30 Mac 2015 | Aktiviti TerkiniProgram Info Komuniti & Program Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti telah berjalan dengan jayanya pada 29 Mac 2015, Ahad yang lepas. Program ini telah dianjurkan oleh Komuniti 1 Malaysia & Surau AL-Falah. Program ini juga melibatkan beberapa agensi awam dan swasta dalam menyelesaikan permasalahan komuniti setempat. Program serampang dua mata yang disertai lebih 100 penduduk termasuk ahli Komuniti 1 Malaysia itu bukan sahaja memberi didikan awal kepada belia mengenai dasar-dasar kerajaan tetapi turut menyuntik semangat motivasi buat penduduk.
Dalam pada itu, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab telah merasmikan Program Info Komuniti & Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti sambil berharap agar bantuan kewangan yang diberikan kepada Komuniti 1 Malaysia diharap dapat merancakkan lagi aktiviti mereka.
Program turut diserikan lagi dengan ceramah motivasi yang mantap dan menghiburkan oleh Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia, Syamsul Amri Ismail. Beliau yang hadir sebagai penceramah turut memberitahu bahawa program seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi kerana ia mampu menjauhkan diri belia daripada gejala tidak sihat. Ujarnya lagi, jika tidak dianjurkan program tersebut kemungkinan masyarakat akan terus sibuk bekerja dan kurang bergaul sesama mereka. "Apabila anak-anak muda berpeluang bergaul bersama masyarakat dan ia adalah satu perkara yang amat berguna kerana mereka dapat mempelajari sesuatu dari situ," katanya ketika ditemui.
Tujuan Program Info Komuniti & Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti ini dijalankan adalah sebagai platform bagi komuniti untuk berinteraksi. Selain itu, program ini juga telah disediakan slot khusus untuk komuniti setempat mengutarakan pendapat dan cadangan bagi penambahbaikan dari pelbagai aspek seperti penyelenggaraan, tempat rekreasi, dan pelbagai masalah yang lain.
Antara aktiviti menarik yang telah diadakan sepanjang program berkenaan dijalankan adalah seperti Ceramah Motivasi Kepimpinan Remaja Dalam Komuniti oleh Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia, Syamsul Amri Ismail. Selain itu, turut diadakan juga sesi perkongsian permasalahan bersama agensi awam dan swasta seperti pihak Perbadanan Putrajaya, Syabas, BPH dan lain-lain. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan seperti Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak, Pertandingan Teka Kacang, Cabutan Bertuah dan Pemeriksaan Kesihatan. Agensi awam dan swasta juga tidak ketinggalan untuk menyertai program ini dengan membuka booth bagi berkongsi maklumat dengan komuniti setempat. Antara agensi awam dan swasta yang telah melibatkan diri dalam program ini adalah seperti Jabatan Penerangan, Jabatan Pertahanan Awam, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa , Agensi Anti-Dadah Malaysia dan Syabas.
Pembukaan booth oleh Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 bertujuan untuk mempromosikan PI kepada komuniti setempat. Selain itu, memberi penerangan kepada komuniti mengenai peranan dan perkhidmatan yang telah disediakan di PI. Komuniti juga berpeluang untuk menjadi ahli PI secara percuma pada hari berkenaan. Pendaftaran percuma untuk komuniti. Tambahan lagi, pihak pengurusan PI juga telah memberi pendedahan mengenai program yang telah dijalankan / akan dijalankan PI kepada komuntiti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: