Sambutan Hari Raya & Kelas Merekacipta Sampul Raya
9 Julai 2017 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu 8 Julai 2017, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menganjurkan Sambutan Hari Raya & Kelas Merekacipta Sampul Raya. Seramai 12 orang pelajar sekolah yang merupakan ahli PI telah menyertai kelas yang dijalankan pada hari berkenaan. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar penggunaan Microsoft Word juga boleh digunakan untuk kegunaan lain selain menyiapkan kerja sekolah, seperti kelas hari ini pelajar diajar mereka cipta sampul raya dari contoh yang disediakan oleh staff PI P9F3.
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari berkenaan adalah Pengenalan kepada Microsoft Word 2013, pemilihan size sampul, pemilihan gambar dari website Google Image, memasukkan gambar yang dimuat turun dari Website Google ke sampul raya, mengedit sampul raya dengan “font”, colour dan gambar yang dipilih dan akhir sekali mencetak, gunting dan menampal sampul yang sudah siap. Program diakhiri dengan jamuan raya yang telah disediakan oleh Staff Pengurusan PI Presint 9 Fasa 3.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: