Pendidikan
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (1)
Dahulunya dikenali sebagai SK Putrajaya (2) adalah merupakan antara sekolah yang terawal di Putrajaya dan salah sebuah Sekolah Bestari (Smart School) di Malaysia; dan telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster pada tahun 2009. Pembinaan sekolah ini bermula pada pertengahan 1998 dan telah siap sepenuhnya untuk digunakan pada 17hb Januari 2002, dan dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Putrajaya 2. Penghormatan sebagai Guru Besar yang pertama telah diberikan kepada En Sukimin Bin Juki yang telah mula bertugas pada 24 Disember 1999. Pada 6hb januari 2000, 6 orang guru telah melaporkan diri untuk bertugas dan jumlah ini telah bertambah semenjak itu. Sehingga 9hb Oktober 2000, jumlah guru ialah seramai 59 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya 9(1)
Kompleks Sekolah Putrajaya 9(1) merupakan kompleks yang kedua dibina di pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Terletak di Jalan P9F, Presint 9, dan berhampiran dengan Klinik Kesihatan Putrajaya, SMK Putrajaya Presint 9(1) mula menerima pelajar pertamanya seramai 301 orang pada 16 Jun 2002 disamping 12 orang guru. Terdiri daripada enam biah blok. Sekolah ini dilengkapi sebuah dewan dan 102 buah bilik, antaranya 36 buah Bilik Darjah, Blil PSS, Makmal Komputer, Makmal Sains, Bilik Peperiksaan, Bilik Kokurikulum, BOSS, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Rawatan, Bilik Lukisan Kejuruteraan, Bilik Jamuan (Bilik Cempaka) Bilik Disiplin dan Bilik-Bilk Akses Matapelajaran. Selain daripada itu sekolah ini juga mempunyai tapak perhimpunan berteres dan foyer yang berfungsi sebagai tempat perhimpunan alternative dan tempat pelbagai aktiviti sekolah yang lain. SMK Putrajaya Presint 9(1) mempunyai murid seramai 626 murid, 65 orang tenaga akademik serta 12 orang staf sokongan. Murid-muridnya majorati terdiri daripada murid Melayu dan 2 murid bukan Melayu. Pelbagai kejayaan peringkat Negeri dan kebangsaan yang telah dicapai oleh sekolah dalam akademik, kokurikulum dan kepimpinan. Kini, dibawah pimpinan Pengetua Pn. Hjh Siti Norbaya bt Mansor, yang mula bertugas pada April 2014 dan dengan sokongan padu PIBG sekolah, adalah diharapkan SMK Putrajaya Presint 9(1) akan terus meraih pelbagai kejayaan dalam pelbagai bidang seterusnya mampu menjadi sekolah cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 (2)
S K Putrajaya Presint 9 (2) telah dibuka sepenuhnya pada 3 Januari 2005. Jumlah murid ini ialah seramai 564 orang termasuk murid-murid program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Kelas-kelas yang beroperasi untuk tahun 1 hingga 6 ialah sebanyak 18 yang masing-masing diberi nama Cendiakawan, Bestari dan Arif. Bagi kelas Pendidikan Khas pula ialah sebanyak 12 setesen termasuk bilik penyelaras. Dipimpin pentadir berpengalaman luas dalam pelbagai bidang. Struktur pengurusan sekolah diketuai oleh Guru Besar dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan dan seorang Guru Penyelaras Pendidikan Khas manakala 36 orang guru-guru akademik dan 8 orang guru mengajar di kelas pendidikan khas. Pada tahun 2006 pertambahan kemasukan murid berlaku dan meyebabkan pembukaan kelas baru bagi murid tahun 1,2,3 dan 4. Jumlah kelas keseluruhan sebanyak 31 buah kelas dengan jumlah sebanyak 745 murid telah dicatatkan dalam rekod pendaftaran sehingga bulan Mac 2006. Sekolah dilengkapi dengan kemudahan lif, cctv, dewan serbaguna, peralatan siaraya, unit-unit pembelajaran pendidikan khas, kelengkapan berbagai-bagai bilik khas dan sebagainya menjadikan sekolah sebagai salah satu daripada yang terbaik di Putrajaya. Kelengkapan bagi sekolah pendidikan khas merupakan yang termoden dan terbaik di Putrajaya.
Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(2)
Pada 16 Januari 2007, Persidangan Guru kali pertama dihadiri oleh 20 orang guru telah diadakan , menandakan tarikh permulaan operasi sekolah. Pada 2 Februari 2007, seramai 70 orang pelajar Tingkatan 1 telah melaporkan diri. Pada tarikh itu juga, pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu dengan mengadakan Majlis Doa Selamat dan bacaan Surah Yassin serta Solat Hajat diikuti dengan Kuliah Majlis Awal Muharram. Pengetua sekolah yang pertama merupakan Ellen Binti Wan Ibrahim. Pada tahun 2009, kepimpinan sekolah yang diketuai oleh Puan Hajjah Norliah Binti Raja Omar. Pada akhir tahun 2013 , kepimpinan sekolah yang diketuai oleh Puan Helena Binti Othman. Sekolah ini mempunyai konsep reka bentuk dari ' sekolah dalam taman " terdiri daripada beberapa blok bangunan setinggi 5 hingga 6 tingkat. Secara umumnya, sekolah boleh menampung lebih 1,750 pelajar. Antara kemudahan asas yang disediakan adalah: Kelas rumah Pembelajaran ( 50 kelas) Pembelajaran kelas Sokongan (Makmal , Bengkel , Studio dan lain-lain ) Kelas Pelajar Khas ( Kelas 6) Pelajar Khas Pembelajaran Kelas Sokongan (Studio dan Taman Khas dan lain-lain). Sekolah juga mempunyai Blok Pentadbiran dan Perpustakaan. Sekolah juga dilengkapi dengan Kedai Koperasi dan Kantin Dewan Serbaguna dan Amfiteater Pavilions. Untuk kemudahan sukan, sekolah menyediakan Trek dan Padang Padang Bola Sepak. Kemudahan lain yang ada adalah kawasan tempat letak kereta berbumbung, perhentian bas berbumbung.
Tabika Kemas Bunga Kaktus Presint 9
Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah 'Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Konsep ini bertujuan untuk memberi peluang dan galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.