Sosioekomoni Dan Keusahawanan
Kebun Komuniti 1Malaysia Presint 9
Kebun komuniti KK2 yang diusahakan oleh penduduk kejiranan P9A, mula bergerak sebagai satu entiti rasmi dengan tertubuhnya jawatankuasa penduduk dengan tujuan agar komuniti setempat dapat menangani isu-isu semasa seperti keharmonian dan keselamatan kawasan kejiranan P9A. Kebun ini mula diusahakan oleh penduduk sejak tahun 2008. Perbadanan Putrajaya mengambil inisiatif untuk menjadikan kebun ini sebagai salah satu kebun komuniti dibawah Program Bumi Hijau pada tahun 2009.
Tapak Kebun Komuniti P9A atau KK2 terletak di kawasan Taman Rimba Desa Presint 9. Taman Rimba Desa adalah salah satu daripada 12 taman metropolitan Putrajaya. Taman metropolitan didefinasikan sebagai sebuah taman awam yang mampu memenuhi keperluan riadah bagi pelawat serta penduduk dan mempunyai ekses terus dan mudah dari luar Putrajaya. Manakala, taman kejiranan pula adalah dirancang khas untuk kegunaan masyarakat setempat dengan mengambilkira kemudahsampaian utama dengan berjalan kaki.
Kawasan kejiranan P9A terutamannya penghuni rumah terletak bersebelahan taman ini merupakan antara mereka yang amat beruntung kerana pada tanggal 26 September 2008 Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Perbadanan Putrajaya (JKPP) telah meluluskan cadangan untuk membenarkan penduduk bercucuk tanam di kawasan berkenaan dibawah Program Bumi Hijau.
Pusat perniagaan Komuniti Presint 9 Fasa 3
Pusat Komuniti Presint 9 Fasa 3 merupakan sebuah kompleks dimana ia menyediakan kedai runcit untuk memudahkan penduduk setempat membeli barangan harian mereka. Selain itu, pusat komuniti ini juga mempunyai Kedai Gunting Rambut. Oleh kerana majoriti penduduk setempat beragama Islam, pusat komuniti ini juga menempatkan sebuah surau yang telah diberi kebenaran untuk menjalankan Solat Jumaat iaitu Surau Al-Falah. Surau ini merupakan tempat strategik untuk penduduk setempat menjalankan aktiviti seperti ceramah agama, Program "Komuniti Sihat Perkasa Negara" (KOSPEN), dan sebagainya. Pada awal tahun 2015, kerja-kerja menaik taraf surau telah dijalankan untuk keselesaan Jemaah dan komuniti. Surau Al-Falah mempunyai ruang solat lelaki dan wanita, bilik air beserta tempat wuduk, tempat wuduk terbuka, bilik pengurusan jenazah, beberapa set televisyen, serta dilengkapi dengan penyaman udara bagi memberi keselesaan kepada Jemaahnya. Akhir sekali, pusat komuniti ini juga menempatkan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Peranan Pusat Internet dalam meningkatkan ekonomi setempat dan memberi latihan ICT kepada komuniti telah mendapat perhatian Y.B Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk mewujudkan 4 Pusat Internet di Putrajaya.