Kisah Kejayaan
Perniagaan Secara Atas Talian - Cara Baru Peniagaan Puan Norashikin
Puan Norashikin merupakan pengasas Kek dan Coklatela Pav’s Lover Bakery. Beliau mengendalikan perniagaan secara atas talian dengan menggunakan Instagram dan blogspot. Jenis perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah membuat tempahan kek, pencuci mulut serta berinovasi dalam menghasilkan coklat sendiri iaitu Coklatela keluaran Bumiputera.
Beliau menggunakan Facebook sebagai medium untuk memperluaskan perniagaan. Selain itu,beliau turut menggunakan laman sesawang sebagai medium untuk pembacaan utama dan melakukan sedikit kajian untuk perniagaannya. Bahkan, beliau menggunakan Internet sebagai salah satu cara untuk mengembangkan perniagaannya. Tambahan pula, dengan adanya teknologi canggih seperti telefon pintar, ia telah memudahkan urusan perniagaan dan perbankan seperti melihat baki akaun, memindahkan duit dan sebagainya. Internet juga memudahkan beliau untuk melakukan kajian mengenai produk dan perkhidmatan yang terbaru demi memenuhi permintaan para pelanggan. Internet memudahkan saya untuk mendapat pelanggan baru dan memasarkan kek saya
Sebelum beliau menggunakan internet sebagai salah satu medium untuk menjalankan perniagaan, beliau dapati agak sukar untuk melakukan perniagaan ini. Oleh itu, dengan adanya internet, ia telah memudahkan urusan perbankan bagi perniagaannya. Selain itu, dengan adanya Internet, bilangan pelanggan beliau juga bertambah dari hari ke hari.
Puan Norashikin memperoleh ilham setelah mempelajari resepi-resepi baru di Internet. Selain itu, beliau selalu mengikuti perkembangan masakan dari Barat seperti pencuci mulut bagi memenuhi permintaan pelanggan. Katanya, ia boleh dipelajari di blog-blog masakan mahupun melalui Youtube
Kisah kejayaan ini dipilih kerana Puan Norashikin telah menggunakan kemahirannya dengan menghasilkan produk berinnovasi tinggi setanding keluaran luar negara. Produk yang telah diinovasi oleh Puan Norashikin adalah Coklatela keluarannya sendiri. Beliau juga telah berada dalam industri membuat kek selama hampir 5 tahun. Beliau bersama rakan-rakan telah memulakan innovasi Coklatela sambil meneruskan perniagaan kek miliknya. Coklatela ini menunjukkan Bumiputera diluar sana sentiasa berinnovasi dalam merekacipta sesuatu yang baharu bagi memenuhi citarasa pelanggan yang sentiasa berubah. Innovasi tangga kejayaan.
Norshaliza Binti Baharudin – Keusahawanan
Pn Shaliza merupakan usahawan makanan berasakan coklat dan sudah menceburi pernigaan ini selama 2 tahun selepas mengikuti kursus membuat coklat di Shah Alam. Kemudian berjinak jinak mengambil sedikit tempahan dari kawan kawan terdekat untuk menambah pendapatan sampingan. Dari situ beliau berani terima menerima tempahan dari orang luar. Kebanyakan pelanggan adalah dari hasil beliau menpromosikan pernigaan beliau menggunakan platform facebook. Antara tempahan yang beliau ambil adalah untuk harijadi, pertunangan, doorgift perkahwinan dan sebagainya.
Sebelum Pn. Shaliza melibatkan diri dengan Pusat Internet tbeliau hanya menerima tempahan melalui rakan-rakan sahaja. Selepas melibatkan diri dengan Pusat Internet Pn.Shaliza mula menerima tempahan melalui media sosial iaitu Whatsapp dan Instagram, mendapat pertambahan pelanggan dan dapat mempelajari teknik dan resepi baharu melalui internet untuk menambah pengetahuan berkenaan coklat dan cara persembahan coklat. Kemudahan yang disediakan Pusat Internet seperti set computer dan internet yang berkelajuan laju dapat membantu Pn. Shaliza dalam mengembangkan perniagaan beliau pada yang sama menambah pengetahuan dalam ICT dan juga skil perniagaan.
Dhia Sofea Binti Mohamad Zaki – Celik IT
Adik Sofea merupakan seorang pelajar tabika yang terlibat dengan program Pusat Internet bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS). Adik Sofea dipilih kerana peningkatan dalam pengetahuan alatan komputer. Sebelum melibatkan diri dengan program bersama ini, adik Sofea tidak pernah menggunakan komputer kerana banyak menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet, adik Sofea juga kurang motor skil dalam penggunaan tetikus dan juga menaip menggunakan papan kekunci serta kurang keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai. Selepas melibatkan diri dalam program bersama ini adik Sofea menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan asas seperti dapat mengenali asas barangan yang terdapat dalam set computer seperti papan kekunci dan juga tetikus serta penggunannya.
Adik Sofea juga menunjukkan peningkatan dalam motor skil tangan bagus terutama semasa menggunakan tetikus dan semakin berkenyakinan diri tinggi untuk menjawa soalan di hadapan khalayak ramai jika ditanya soalan. Adik Sofea mempelajari abc, matematik menggunakan medium baru selain belajar di tabika yang berpandukan buku sahaja. Disini, adik Sofea dapat belajar menggunakan bahan pembelajaran melalui atas talian. Selain itu, adik Sofea juga berpeluang untuk menggunakan multi-touch board semasa sesi pembelajaran. Pusat Internet dapat membantu adik Sofea menguasai kemahiran komputer dan motor skil seawal 5 tahun dan dapat mengikutinya selama 2 tahun sebelum melangkah ke sekolah rendah.
Azzim Fareesh Bin Hazizi – Celik It
Adik Azzim merupakan seorang pelajar tabika yang terlibat dengan program Pusat Internet bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia (KEMAS). Adik Azzim dipilih kerana peningkatan dalam pengetahuan alatan komputer. Sebelum melibatkan diri dengan program bersama ini, adik Azzim tidak pernah menggunakan komputer kerana banyak menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet, adik Azzim juga kurang motor skil dalam penggunaan tetikus dan juga menaip menggunakan papan kekunci serta kurang keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.
Selepas melibatkan diri dalam program bersama ini adik Azzim menunjukkan peningkatan dalam pengetahuan asas seperti dapat mengenali asas barangan yang terdapat dalam set computer seperti papan kekunci dan juga tetikus serta penggunannya. Adik Azzim juga menunjukkan peningkatan dalam motor skil tangan bagus terutama semasa menggunakan tetikus dan semakin berkenyakinan diri tinggi untuk menjawa soalan di hadapan khalayak ramai jika ditanya soalan.
Adik Azzim mempelajari abc, matematik menggunakan medium baru selain belajar di tabika yang berpandukan buku sahaja. Disini, adik Azzim dapat belajar menggunakan bahan pembelajaran melalui atas talian. Selain itu, adik Azzim juga berpeluang untuk menggunakan multi-touch board semasa sesi pembelajaran. Pusat Internet dapat membantu adik Azzim menguasai kemahiran komputer dan motor skil seawal 5 tahun dan dapat mengikutinya selama 2 tahun sebelum melangkah ke sekolah rendah.
Izni Syakinas Zulkapli – Keusahawanan
Puan Izni merupakan seorang guru tabika, manakala suaminya pula seorang photographer freelance. Mereka telah mewujudkan perniagaan makanan yang diberi nama Mak Toks Kitchen. Menjual pelbagai jenis makanan secara atas talian dan penghantaran makanan.
Sebelum Pn. Izni melibatkan diri dengan Pusat Internet beliau kurang dalam penggunaan ICT. Selepas melibatkan diri dengan Pusat Internet Pn.Izni lebih tahu asas ICT untuk perniagaan seperti menggunakan Canva sebagai satu cara untuk membuat flyers untuk perniagaannya, telah menjumpai tempat yang selesa untuk mempromosikan perniagaan atas talian selain Facebook dan promosi serta jualan menunjukkan peningkatan. Kemudahan yang disediakan Pusat Internet seperti set komputer dan internet yang berkelajuan laju dapat membantu Pn. Izni dalam mengembangkan perniagaan beliau pada yang sama menambah pengetahuan dalam ICT dan juga skil perniagaan.
MOHD ANAS HAZIMI – USAHAWAN
Umum mengetahui bahawa Malaysia telah dilanda penyakit baharu iaitu Pandemik Covid-19 iaitu sejenis Corona Virus. Ia telah merebak di Malaysia bermula 25 Januari 2020, dengan itu Perdana Menteri kita iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020. Ia bertujuan untuk membendung penyakit ini dari merebak dengan lebih teruk.
Bermulanya PKP, rakyat disarankan untuk duduk dirumah tanpa perlu kemana-mana kecuali untuk urusan penting seperti ke klinik dan membeli barang keperluan sahaja. Oleh itu, ramai peniaga kecil terjejas pendapatan ketika wabak ini melanda. Namun, usahawan Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 ini telah mengambil langkah proaktif ketika wabak ini dengan menjadi pemborong ubi keledek dan keropok lekor semasa PKP berlangsung.
Encik Anas telah menjalankan perniagaan ini bermula awal PKP dengan meminta kebenaran daripada pihak polis untuk membolehkan beliau menjadi pembekal barang keperluan semasa PKP. Beliau telah menggunakan laman sosial seperti Facebook Pages dan Marketplace sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan disambil untuk memudahkan urusan mencari pelanggan ketika musim PKP. Encik Anas sendiri yang akan menghantar tempahan pelanggan terus ke rumah mereka kerana pada waktu ini, rakyat Malaysia masih dilarang untuk keluar dari rumah tanpa urusan penting. Dengan inisiatif ini, pendapatan beliau tidak terganggu walaupun ketika PKP berlangsung. Staff Pusat Internet juga telah membimbing beliau secara atas talian iaitu dengan membantu untuk membuka Facebook Pages perniagaan, cara mempromosikan produk di Marketplace dan sebagainya.
LUQMAN HAKIMI – CELIK IT
Adik Luqman merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang terlibat dengan program Pusat Internet bersama Maxis iaitu Portal eKelas. Adik Luqman dipilih kerana peningkatan dalam kemahiran ICT setelah mengikuti program kami. Sebelum melibatkan diri dengan program bersama ini, adik Luqman kurang menggunakan komputer kerana banyak menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet untuk belajar. Adik Luqman juga kurang keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.
Portal eKelas merupakan program pendidikan secara atas talian yang berpandukan silibus sama seperti disekolah. Terdapat 3 subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Kelas ini diadakan setiap bulan secara percuma kepada pelajar. Pelajar hanya perlu menghadirkan diri ke Pusat Internet berdekatan bagi melayari portal, nota dan latihan disediakan mengikut tingkatan. Dengan adanya portal ini, ia menarik minat pelajar kerana belajar atas talian bersama kawan-kawan dan guru 1 Malaysia.
Adik Luqman juga rajin menghadirkan diri ke kelas ICT yang dikendalikan oleh staff pengurusan Pusat Internet. Beliau menunjukkan minat dalam setiap kelas ICT yang dijalankan. Beliau telah mahir secara asas dalam Microsoft Word dan PowerPoint 2013. Dengan adanya kemudahan computer dan internet di Pusat Internet, ia telah membantu adik Luqman untuk menyiapkan tugasan daripada guru seperti kerja kursus dan sebagainya.
Nurul Atiqah Binti Misran – Keusahawanan
Cik Atiqah merupakan seorang alumni Pusat Giatmara Putrajaya,dan juga peserta latihan keusahawanan kerjasama antara Pusat Giatmara Putrajaya dan Pusat Internet Putrajaya. Bermula sebagai seorang pelajar Giatmara Putrajaya, sekarang menceburi dalam bidang peniagaan makanan TyqaM Bakery. Menjual donut lembut dalam pelbagai size secara atas talian dan disediakan servis penghantaran.
Latihan keusahawanan yang dijalankan banyak membantu Cik Atiqah dalam menjalankan pernigaan donutnya. Antara tip yang dapat dalam latihan keusahawanan tersebut Cik Atigah dapat mengetahui lebih mengenai asas perniagaan, dapat mempelajari fungsi perniagaan menggunakan media social iaitu Facebook dan Instagram, Cik Atiqah juga telah mengikuti 6 modul keusahawanan yang disediakan oleh Pusat Internet dan dapat mempelajari asas keusahawanan, cara mengedit gambar, cara membuat video pengiklanan produk dan cara mempromosikan perniagaan secara atas talian. Latihan Keusahawan ini juga membantu Cik Atiqah pada yang sama menambah pengetahuan dalam ICT dan juga skil perniagaan.
Wan Muhammad Zulfadlih – Celik IT
Adik Zulfadlih merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang terlibat dengan program Pusat Internet bersama Maxis iaitu Portal eKelas. Adik Zulfadlih dipilih kerana peningkatan dalam kemahiran ICT setelah mengikuti program kami. Sebelum melibatkan diri dengan program bersama ini, adik Zulfadlih kurang menggunakan komputer kerana banyak menggunakan gadget seperti telefon pintar dan tablet untuk belajar. Adik Zulfadlih juga kurang keyakinan diri berhadapan dengan orang ramai.
Portal eKelas merupakan program pendidikan secara atas talian yang berpandukan silibus sama seperti disekolah. Terdapat 3 subjek utama iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Kelas ini diadakan setiap bulan secara percuma kepada pelajar. Pelajar hanya perlu menghadirkan diri ke Pusat Internet berdekatan bagi melayari portal, nota dan latihan disediakan mengikut tingkatan. Dengan adanya portal ini, ia menarik minat pelajar kerana belajar atas talian bersama kawan-kawan satu Malaysia.
Adik Zulfadlih juga rajin menghadirkan diri ke kelas ICT yang dikendalikan oleh staff pengurusan Pusat Internet. Beliau menunjukkan minat dalam setiap kelas ICT yang dijalankan. Beliau telah mahir secara asas dalam Microsoft Word dan PowerPoint 2013. Dengan adanya kemudahan computer dan internet di Pusat Internet, ia telah membantu adik Zulfadlih untuk menyiapkan tugasan daripada guru seperti kerja kursus dan sebagainya.