Kelas Pengenalan Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 1
04 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3 Februari 2017, hari Jumaat bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3, diadakan kelas Pengenalan Asas Komputer bersama Tabika Kemas Kaktus 1. Seramai 14 kanak-kanak perempuan yang telah menyertai kelas tersebut.
Kelas bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 10.00 pagi. Kanak-kanak tabika turut didedahkan untuk mengenali asas komputer seperti penggunaan tetikus, papan kekunci dan smart board untuk melakukan aktiviti. Kelas ini merupakan kelas pertama pada tahun 2017 bersama Tabika Kemas Kaktus 1. Kanak-kanak tabika kemudiaannya diajar untuk menggunakan papan kekunci untuk bermain permainan Maze Runner.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: