Kursus E-Rezeki Bersama Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC)
21 Mac 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini diadakan khusus untuk semua pengurus Pusat Internet Putrajaya dan sebahagian Wilayah Tengah Peserta dapat mempelajari mengenai apa itu e-Rezeki dan peluang-peluang menjana pendapatan melalui program ini. Antara modul yang telah dijalankan adalah seperti berikut; pengenalan e-Rezeki, jenis-jenis kerja di e-Rezeki, latihan praktikal di eRezeki.my serta pengenalan medium-medium tugasan digital mikro. Penceramah merupakan Encik Muzzafar dari Flow Studios Sd.Bhd. yang juga merupakan wakil MDEC untuk program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: