Live Tutorial Sains dan Matematik Tingkatan 1-3
30 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2018 Sabtu, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Live Tutorial Sains dan Matematik Tingkatan 1-3 untuk bulan September 2018. Tujuan utama Live Tutorial ini adalah untuk memberi manfaat kepada pelajar sebagai medium untuk mengulangkaji pelajaran semasa musim peperiksaan. Live Tutorial ini khusus untuk pelajar tingkatan 1-3. Live Tutorial ini adalah percuma. Pelajar hanya perlu mendaftar portal e-kelas di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 kemudian pelajar boleh akses portal di mana-mana secara atas talian sekiranya ada akses internet. Seramai 6 orang pelajar telah mengikuti kelas ini.
Untuk mereka yang berminat boleh berkunjung ke Pusat Internet Putrajaya yang berhampiran untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan e-kelas Live Tutorial.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: