Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 4 Product & Photo shoot)

12 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

11 Oktober 2019, Jumaat – Seramai 14 orang pelajar Giatmara Putrajaya telah menghadiri kelas keusahawanan dan ICT di Pusat Internet Presint 9 Fasa 3. Sesi ini telah bermula pada pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sebelum latihan dimulakan, pelajar diberi taklimat oleh Malaysian ICT Volunteer mengenai Digital Terrestrial Television (DTTV).

Antara intipati modul pada hari berkenaan adalah seperti tips mengambil gambar produk, third rules dalam fotografi, mini studio dan cara mengambil gambar kaedah flat lay. Kemudian, pelajar diberi tugasan untuk mengambil 2 jenis gambar produk menggunakan 2 jenis kaedah iaitu Mini Studio dan flat lay. Kelas diakhiri dengan 2 permainan Kahoot iaitu Kahoot Advokasi DDTV dan Kahoot ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas