Pengenalan PI dan Advokasi bersama Giatmara Putrajaya
7 Julai 2019 | Aktiviti Terkini6 Julai 2019, Sabtu – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya untuk memberi taklimat Pengenalan PI & Advokasi bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan Pusat Internet di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh PI. Kami juga telah memberi penerangan ringkas mengenai 5 pembelajaran modul yang akan dijalankan bersama Giatmara Putrajaya bermula Ogos hingga Disember 2019.
Latihan tersebut akan diadakan sekali setiap bulan bermula bulan hadapan. Modul pembelajaran merangkumi latihan ict, keusahawan dan advokasi. Program diteruskan dengan taklimat advokasi iaitu mengenai Check Your Label, Klik Dengan Bijak – Mengurus Jejak Digital Anda, Mobile ewaste dan Kuiz Kahoot. Sesi penyampaian hadiah juga diadakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan. Program diadakan pada 5 Julai 2019, Jumaat yang lalu bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Seramai 14 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: