Orientasi Mengikut Subjek eKelas Maxis 2019
27Januari 2019 | Aktiviti Terkini26 Januari 2019, Rabu – EKelas untuk tahun 2019 dimulakan dengan minggu orientasi eKelas bersama cikgu eKelas. Maxis eKelas mengadakan orientasi untuk pelajar eKelas bagi tahun ini mengikut jadual pada bulan Januari iaitu pada Jumaat dan Sabtu. Orientasi yang diadakan dalam 2 minggu pertama ini dijalankan dengan cikgu eKelas akan berjumpa dengan pelajar-pelajar secara Live Tutorial dan memberi tunjuk ajar cara-cara eKelas Live Tutorial dan eCikgu dijalankan serta penggunaan Portal.
Kelas pembelajaran yang sebenarnya akan bermula dalam bulan Februari iaitu selepas cuti Tahun Baru Cina nanti. Sesi orientasi eKelas pada minggu lalu telah dijalankan di PI Presint 9 Fasa 3 pada hari Jumaat dan Sabtu. Orientasi tersebut telah dihadiri oleh pelajar tingkatan 1 hingga 5.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: