Lawatan Pihak MCMC ke PIK P16
4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini3 Disember 2020, Khamis – Pusat Internet Komuniti P16 telah berbangga menerima kunjungan hormat oleh Ketua Pegawai Pembangunan MCMC yg baharu, Yg Berusaha En. Nizam Arshad bersama pegawai kanan beliau bagi mendengar taklimat mengenai Pusat Internet Komuniti (PIK). Turut hadir adalah En. Hazreen Abd Jalil sebagai wakil pihak Maxis dan En. JS Daliwal selaku CEO Sprintz Designs. Wakil usahawan juga dijemput hadir.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tetamu yang hadir berkenaan usaha Pusat Internet Komuniti dijadikan pusat informasi bagi usahawan tempatan yang telah berdaftar dengan PIK Putrajaya khususnya PIK Presint 16. Kejayaan usahawan dan komuniti ini dalam mengeluarkan produk tempatan telah membuktikan bahawa PIK mampu membantu usahawan setempat memajukan perniagaan mereka dengan cara memperluaskan produk mereka secara dalam talian. Kejayaan dan aktiviti yang dijalankan oleh PIK juga turut dihuraikan antaranya kelas ICT secara percuma tidak mengira peringkat umur seperti kerjasama Pusat Internet Komuniti Putrajaya bersama Giat Mara Putrajaya dan usahasama PIK bersama pihak AIM untuk memajukan para usahawan tempatan.
Di akhir sesi lawatan ini, tetamu dan usahawan yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: