Kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ - Bijak Menilai

6 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

05 OGOS 2020 – Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang giat menjalankan kempen ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’ Bijak Menilai. Objektif kempen ialah untuk mempromosi amalan prinsip Rukun Negara demi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan rakyat dan Negara. Nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti ‘bercakap benar’, ‘bijak menilai’, beringat bila berkongsi berita’, serta focus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.

Info serta maklumat di media sosial boleh diambil daripada sumber yang sahih seperti Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Facebook Majlis Keselamatan Negara, Facebook Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Perbadanan Putrajaya, Facebook Public Health Malaysia dan beberapa berita secara online melalui Facebook Harian Metro dan Berita Harian. Pengguna Internet yang bijak menilai tidak akan membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar.

KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG BIJAK MENILAI SEBELUM BERKONGSI

Jom #klikdenganbijak !

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas