Kelas Water Fill Animation Effect
27 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 26 Julai 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint handwriting trick. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara membuat perkataan beranimasi dengan menggunakan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft PowerPoint,kemudian membuat perkataan menjadi animasi menggunakan Microsoft PowerPoint.
Selepas kelas pelajar di uji dengan soalan asas keselamatan semasa melayari internet dan soalan berdasarkan kemerdekaan Malaysia sempena bulan ogos adalah bulan kemerdekaan, dengan menggunakan website www.kahoot.com. Seramai 5 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 5.30 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada 3 orang peserta terbaik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: