Pengenalan Pusat Internet dan Advokasi bersama Giatmara Putrajaya
11 Januari 2020 | Aktiviti Terkini10 Januari 2020, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya untuk memberi taklimat Pengenalan Pusat Internet & Advokasi bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan Pusat Internet di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh Pusat Internet. Kami juga telah memberi penerangan ringkas mengenai 5 pembelajaran modul yang akan dijalankan bersama Giatmara Putrajaya bermula Februari hingga Mei 2020.
Latihan tersebut akan diadakan sekali setiap bulan bermula bulan hadapan. Modul pembelajaran merangkumi latihan ICT, keusahawan dan advokasi. Program diteruskan dengan taklimat advokasi iaitu mengenai Check Your Label, Klik Dengan Bijak - Pengurusan Risiko Dalam Talian, Mobile ewaste dan Kuiz Kahoot. Sesi penyampaian hadiah juga diadakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan. Program bermula jam 3:00 petang hingga 5:00 petang. Seramai 11 orang pelajar dan seorang guru Giatmara telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: