5 PowerPoint Picture Cropping Trick

28 September 2020 | Aktiviti Terkini

27 September 2020, Ahad - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint : 5 PowerPoint Picture Cropping Trick. Seramai 3 orang pelajar lelaki sekolah menengah telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara menggunakan 5 jenis cropping tools dalam persembahan slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft PowerPoint, kemudian pelajar didedahkan dengan 5 jenis cropping tools iaitu ; Cropping around elements in a picture with Scribble 2, Cropping into a specific shape with Autoshape , Crop multiple photos into Circular Shape with Picture Layout , Crop in Shape or specific Aspect Ratio dan Designer tool in Office 365. Selepas kelas dijalankan, pelajar di uji dengan aktiviti Teka Logo ICT dan Teka Teki Minda melalui laman web quizizz.com dan kelas bersambung semula pukul 4.30 petang hingga 5.00 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas