Kelas Powerpoint Text Animation & Video

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 13 SEPTEMBER 2020 - Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint text animation & video. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai cara menggunakan fungsi-fungsi animasi dalam persembahan slide dengan menggunakan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan kepada Microsoft PowerPoint, kemudian membuat bentuk menjadi garisan yang atas dan bawah tulisan perkataan menggunakan fungsi shape dan memilih line shape untuk membuat garisan, seterusnya memasukan animasi yang sesuai untuk perkataan dan garisan yang dibuat dan disimpan sebagai video.

Seterusnya memperkenalkan cara untuk dimuat turun kedalam media sosial, antaranya Facebook dan Instagram. Selepas kelas pelajar di uji dengan soalan asas keselamatan semasa melayari internet dengan menggunakan website www.kahoot.com. Seramai 2 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini yang bermula dari pukul 2.30 petang hingga 3.30 petang dan kelas bersambung semula pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas