Bengkel Pengukuhan Webpage ‘Menarik Di’ Secara Atas Talian

4 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

3 Oktober 2020, Rabu – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan 1 bengkel iaitu Bengkel Pengukuhan Webpage ‘Menarik Di’ Secara Atas Talian. Bengkel ini dijalankan secara atas talian bersama lebih kurang 60 Pusat Internet Central Region. Bengkel ini telah dijalankan selama 3 jam bermula dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Bengkel ini telah disertai oleh staff SKMM serta staff pengurusan Pusat Internet. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Othman, Pengarah Pejabat Negeri Selangor, Wilayah Pesekutuan.

Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk mengukuhkan serta penambahbaikan kepada program Menarik Di yang dibawah seliaan Pusat Internet. Pusat Internet Batu 19 Jeram telah menjadi host bagi bengkel pada kali ini. Pada bengkel ini, staff pengurusan Pusat Internet telah diberi penerangan mengenai webpage baharu untuk ‘Menarik Di’ oleh staff Pusat Internet Batu 19 Jeram. Staff Pusat Internet juga telah diterangkan mengenai cara-cara membuat posting untuk tempat menarik didalam webpage berkenaan. Bengkel ini diharap dapat memberi penambahbaikan bagi mempromosikan tempat menarik di Malaysia dan membantu usahawan kecil dalam mempromosikan perniagaan mereka secara lebih meluas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas