Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya (Modul 3 Product & Photo shoot)
10 April 2021 | Aktiviti Terkini09 April 2021, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya meneruskan pembelajaran modul ketiga untuk sesi 1 /2021 Giatmara Putrajaya. Modul dimulakan dengan penerangan Kempen Kesedaran Vaksinasis Covid-19 yang telah dilancarkan oleh pihak SKMM, penerangan diberikan oleh Penolong Pengurus PIK Presint 9 Fasa 3, Cik Amy Zulaifa.
Seterusnya kelas diteruskan oleh Pengurus PIK Presint 9 Fasa 3, Pn. Sarahhaziqah. Modul ketiga dimulakan dengan teknik-teknik mengambil gambar produk, ‘third rules’ dalam fotografi, kelas ini juga menerangkan dua cara mengambil gambar menggunakan kaedah mini studio dan flat lay. Pn Sarahhaziqah memberi penambahan intipati modul dengan cara mengedit poster menggunakan laman web canva.com.
Kemudian, pelajar diberi tugasan untuk mengambil 1 jenis gambar produk menggunakan 2 jenis kaedah iaitu Mini Studio dan flat lay dan juga mengedit satu poster dari gambar yang diambil menggunakan laman web canva.com. Hasil-hasil gambar akan dihantar melalui email kepada Pn. Sarahhaziqah dan akan dinilai. Gambar dan poster tercantik akan diberi hadiah.
Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), pelajar Giatmara dibahagikan kepada dua sesi (10 peserta satu sesi) untuk setiap modul. Program yang dijalankan hari ini juga dibahgikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 10 orang pelajar, 2 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan. Sesi kedua pula bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang seramai 10 orang pelajar, 2 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan. Seorang guru Giatmara juga telah menyertai program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: