Program Keusahawan Atas Talian PUPUK Bersama Shopee & MCMC – Kelas Pertengahan
15 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini14 OGOS 2021, Sabtu – Seramai 1 orang usahawan terpilih di dalam komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai Kelas Pertengahan Keusahawanan Atas Talian PUPUK Bersama Shopee & MCMC. Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan pihak Shopee yang merupakan No.1 platform jual beli atas talian di Malaysia.
Program ini adalah secara atas talian melalui pihak Shopee sebagai tenaga pengajar dengan kerjasama MCMC. Usahawan yang menjadi peserta di dalam kempen ini bakal mendapar pelbagai faedah yang ditaja oleh MCMC antaranya seperti Baucher diskaun, Baucher kedai dan Baucher penghantaran percuma. Program ini diadakan pada sebelah pagi bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program ini khusus untuk mereka yang mengikuti Kelas Basic Shopee pada 2 Ogos lalu. Tapi ada pertambahan dalam modul seperti Pengiklanan, WebChat, Tawaran Bundle, Free Shiping RM 15, RM40 dan pelbagai lagi. Di harapkan kelas keusahawanan ini dapat membantu usahawan yang baru berjinak dalam perniagaan Shopee untuk terus maju jaya dalam perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: