Mengemaskini Akaun Facebook, Maklumat Terkini Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini19 Jun 2021, Ahad – Staff pengurusan Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 telah mengemaskini akaun Facebook dengan pelbagai jenis info serta maklumat terkini mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang telah dilancarkan secara langsung pada 24 Februari 2021 oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia.
Info serta maklumat diambil daripada sumber yang sahih seperti Facebook Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV), Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Facebook Jabatan Penerangan Malaysia, Facebook Majlis Keselamatan Negara, Facebook Pejabat Kesihatan WP Putrajaya, Facebook Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Facebook Perbadanan Putrajaya, Facebook Public Health Malaysia dan beberapa berita secara online melalui Facebook Harian Metro dan Berita Harian.
Tujuan ia dikemaskini adalah untuk memberitahu pengikut Facebook yang merupakan komuniti Putrajaya mengenai maklumat sahih dan berita terkini mengenai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan. Hal ini amat penting kerana kita tidak mahu komunti menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkenaan vaksin sekaligus menjadi punca masyarakat enggan disuntik vaksin Covid-19 walaupun sudah berdaftar, contohnya di Kelantan yang mana hampir 10,000 orang tidak hadir untuk janji temu vaksinasi. Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat komuniti ingin memberi maklumat yang sahih sebelum komuniti menyebarkan maklumat yang belum tentu kesahihannya, ingatlah kepada barisan hadapan termasuk kakitangan Kementerian Kesihatan, polis, tentera, malah petugas media yang setiap hari bekerja bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19
Pada 31 Mac 2021, dalam menyokong Program Imunisasi Covid-19 Nasional Malaysia, SKMM telah menggerakkan semua Pusat Komuniti Internet (PIK) sebagai pusat untuk membantu orang ramai, terutama warga tua yang sukar mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Melalui usaha ini, diharapkan dapat meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: