Pengenalan Pusat Internet dan Advokasi bersama Giatmara Putrajaya

20 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

19 Mac 2021, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya telah menganjurkan program bersama Giatmara Putrajaya untuk memberi taklimat Pengenalan Pusat Internet & Advokasi bersama pelajar Giatmara Putrajaya. Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada mereka mengenai tujuan utama penubuhan Pusat Internet di Malaysia serta program yang telah dijalankan oleh Pusat Internet. Kami juga telah memberi penerangan ringkas mengenai 5 pembelajaran modul yang akan dijalankan bersama Giatmara Putrajaya bermula Mac sehingga Jun 2021.

Latihan tersebut akan diadakan sekali setiap bulan bermula bulan hadapan. Modul pembelajaran merangkumi latihan ICT, keusahawan dan advokasi. Program diteruskan dengan taklimat advokasi iaitu mengenai Check Your Label, Klik Dengan Bijak - Pengurusan Risiko Dalam Talian, Mobile ewaste dan Kuiz Kahoot. Sesi penyampaian hadiah juga diadakan untuk peserta yang berjaya menjawab soalan.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), pelajar Giatmara dibahagikan kepada dua sesi (10 peserta satu sesi) untuk setiap modul. Program yang dijalankan hari ini juga dibahgikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi seramai 9 orang pelajar. Sesi kedua pula bermula jam 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 10 orang pelajar. Seorang guru Giatmara juga telah menyertai program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas