Latihan Asas Keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya (Modul 2)

27 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

26 Mac 2021, Jumaat – Pusat Internet Putrajaya telah memulakan modul kedua untuk sesi 1 /2021 Giatmara Putrajaya. Modul dimulakan dengan Asas Keusahawanan yang di kendalikan oleh Pn Haryati, Pengurus PIK Presint 18.

Modul kedua merangkumi apa itu perniagaan atas talian?,bagaimana memulakan perniagaan atas talian?,jenis-jenis perniagaan atas talian. Pelajar Giatmara didedahkan cara betul dalam memulakan perniagaan atas talian. Semasa sesi soal jawab juga memberi peluang pelajar bertanya apa yang tidak difahami.

Modul tambahan juga diberi, sesi ini di kendalikan oleh Pn. Noranis, Penolong Pengurus PIK Presint 18. Sesi ini memberi tunjuk ajar ICT kepada pelajar cara membuat akaun email dengan menggunakan Gmail.com dan cara membuat resume menggunakan laman sesawang Canva. Com.

Bagi mengikuti saranan kerajaan dalam Prosedur Tetap Operasi (SOP), pelajar Giatmara dibahagikan kepada dua sesi (10 peserta satu sesi) untuk setiap modul. Program yang dijalankan hari ini juga dibahgikan kepada 2 sesi. Sesi pertama bermula jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari seramai 10 orang pelajar. Sesi kedua pula bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang seramai 10 orang pelajar. Seorang guru Giatmara juga telah menyertai kelas ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas