Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan

8 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

7 Oktober 2021, Khamis – Seramai 77 orang staf Pusat Internet Komuniti (PIK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah menyertai Sesi Penerangan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) oleh SSM bersama PIK di Wilayah Persekutuan. Program ini merupakan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) untuk golongan B40 dan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Malaysia.

Sesi penerangan ini adalah secara atas talian melalui pihak SKMM dan pihak SSM sebagai tenaga pengajar. Staf-staf PIK Wilayah Persekutuan diberi penerangan berdasarkan topik-topik seperti berikut :
1. Jenis-Jenis Entiti Perniagaan di Malaysia
2. Kelebihan & Syarat Mendaftarkan Perniagaan (Registration of Business)
3. Kaedah Pendaftaran Perniagaaan
4. Skim Pendaftaran Perniagaan (SPPP)
5. Kelebihan SSM Biztrust
6. Demo Mendaftarkan Perniagaan Secara Online

Program ini diadakan pada sebelah pagi bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Sesi penerangan ini untuk memudahkan komuniti untuk mendapatkan bantuan dalam segala urusan berkaitan SSM seperti pendaftaran perniagaan, penambahan jenis perniagaan, pembaharuan lesen perniagaan dan penamatan lesen perniagaan yang disediakan didalam laman web SSM di Pusat Internet Komuniti terdekat. Wakil SSM yang memberi penerangan diwakili oleh Pn Siti Maryam Mustapha, Ketua Unit Pendaftaran SSM, Bahagian Pendaftaran (Unit Pemasaran) dan En Ruhalmusdi Hanafi, Ketua Unit Pemasaran, Seksyen Pembangunan Perniagaan Bahagian Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan SSM. Wakil dari SKMM diwakili oleh Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan Tn Rizal Abd Malek, Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Persekutuan Tn Katirawaan Rajadran dan Penolong Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Komuniti SKMM En Muhammad Mahfuz Fahmi Mahayuddin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas