Lawatan Pengarah SKMM Negeri Wilayah Persekutuan Ke PEDi Presint 16
9 Disember 2021 | Aktiviti Terkini8 Disember 2021, Rabu – PEDi Putrajaya telah berbangga menerima kunjungan hormat oleh Pengarah SKMM Negeri Wilayah Persekutuan, Yg Berusaha Tn. Haji Rizal Abd Malek bersama Penolong Pengarah SKMM Negeri Wilayah Persekutuan Ts. Katirawaan Rajadran bagi mendengar taklimat mengenai Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berlansung di PEDi Presint 16. Turut hadir wakil pihak Maxis, wakil Sprintz Designs dan wakil dari PEDi Presint 9 Fasa 3, PEDi Presint 9 Fasa 10 dan PEDi Presint 18.
Kunjungan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada tetamu yang hadir berkenaan usaha PEDi Putrajaya dijadikan pusat informasi bagi usahawan tempatan yang telah berdaftar dengan PEDi Putrajaya khususnya PEDi Presint 16. Kejayaan usahawan dan komuniti ini dalam mengeluarkan produk tempatan telah membuktikan bahawa PEDI mampu membantu usahawan setempat memajukan perniagaan mereka dengan cara memperluaskan produk mereka secara dalam talian. Kejayaan dan aktiviti yang dijalankan oleh PEDI juga turut dihuraikan antaranya kelas ICT secara percuma tidak mengira peringkat umur seperti kerjasama PEDi Putrajaya bersama Giat Mara Putrajaya dan usahasama PEDI bersama pihak AIM untuk memajukan para usahawan tempatan, pembentangan oleh Puan Nur Dahiyah selaku Penolong Pengurus di PEDi Presint 16. Sesi pembentangan diteruskan oleh wakil Rakan Digital PEDi Presint 18 iaitu Encik Abu Khalaf yang telah berkongsi serba sedikit tentang fungsi-fungsi Rakan Digital. Rakan Digital akan membantu dalam Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK), sasaran SKMM Rakan Digital dapat membantu komuniti meningkatkan pendapatan usahawan sehingga 30 peratus.
Pada jam 10.30 pagi program ini diteruskan lagi dengan sesi jamuan ringkas yang telah disediakan. Lawatan ini disempurnakan dengan sesi penutup dengan sesi bergambar bersama-sama. Program ini telah berlangsung pada pukul 9.30 pagi – 11.00 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: