Persidangan Maya Maxis Business Spark UsahaWIRA

25 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

24 Ogos 2021, Selasa – Staff pengurusan dan seorang usahawan Pusat Internet Komunti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai Persidangan Maya Maxis Business Spark UsahaWIRA. Persidangan ini menampilkan perkongsian dari wakil agensi kerajaan, perunding perniagaan, Shopee serta usahawan yang akan berkongsi perjalanan bagi kisah kejayaan mereka. Antara usahawan yang terlibat adalah Erma Fatima (Pengasas Mak Cun), Najib Asaddok (Momentum Internet Sdn. Bhd) dan ramai lagi usahawan hebat turut terlibat sama. Fizo Omar juga merupakan salah seorang host selebriti jemputan bagi persidangan ini.

Antara topik yang dibincangkan dalam Topik 1: Kebangkitan Semangat Keusahawanan dan Kelestarian Ekonomi Pasca Pandemik, Sesi Santai dengan Mak Cun: Rahsia Menghadapi Cabaran Digitalisasi, Bersama UsahaWIRA Menerokai Potensi Digitalisasi, Juara Digital PKS, Pandemik Covid-19: Peluang Perniagaan, Cabaran dan Trend dalam E-dagang. Dalam topik 2 pula antara yang dibincangkan adalah Topik 2: Pemerkasaan Keusahawanan Wanita Dalam Norma Baharu, Memotong Kekacauan Melalui Pemasaran Kandungan, Bagaimana Facebook Dapat Meningkatkan Bisnes Anda, Peluang & Potensi Pasaran Online Untuk Perniagaan Terus Berkembang, Hobi Membuat Lilin Menjadi Perniagaan, Dengan Sedikit Bantuan Dari Google, dan akhir sekali Kewangan Produktif Untuk Usahawan. Persidangan ini selama 2 hari dan bermula dari pukul 9.30 pagi dan diakhiri pada pukul 5.40 petang. Sesi kedua akan disambung esok.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas