Kelas Asas Komputer bersama Tabika Kemas Kaktus 1, 2 dan 4

10 Disember 2022 | Aktiviti Terkini

9 Disember 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS KAKTUS 1,2 & 4. Seramai 32 orang pelajar yang terdiri daripada 14 orang pelajar lelaki dan 18 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan.

Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer serta fungsinya seperti Monitor, Tetikus, dan Papan Kekunci. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengira sambil bermain dalam aktiviti (Number Bubble 0 -100) dan aktiviti Connect the Dots di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video senaman A Ram Sam Sam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas