Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1 Dan 4
13 Mei 2022 | Aktiviti Terkini13 Mei 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus 1 dan 4. Seramai 10 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Alphabet Order- ABC) menyusun ABC mengikut urutan di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video Didi and Friends- Okestra ABC dan ABC bersama Upin Ipin
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: