Sambutan Kemerdekaan PEDi Bersama Tabika KEMAS Cawangan Kaktus

13 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

12 Ogos 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 10 bersama Tabika KEMAS Cawangan Kaktus Presint 9 Fasa 4 Putrajaya telah mengadakan aktiviti kolaj kemerdekaan. Seramai 52 orang pelajar tabika yang terdiri daripada 23 orang pelajar lelaki dan 29 orang pelajar perempuan dengan bantuan 4 orang guru KEMAS Cawangan Kaktus.

Aktiviti kolaj kemerdekaan ini telah diadakan serentak 4 kelas Tabika dari kelas Kaktus 1, Kaktus 2, Kaktus 3 dan Kaktus 4 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Antara aktiviti kolaj membabitkan bendera Malaysia, logo kemerdekaan tahun ini dengan slogan ‘#KELUARGAMALAYSIA Teguh Bersama’, logo PEDI dan juga KEMAS. Pelajar juga di perkenalkan dengan perkakas-perkakas computer yang dijadikan juga gambar untuk aktiviti kolaj

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas