Empowering Your Communication, Networking and Presentation Training Day 2

15 April 2022 | Aktiviti Terkini

14 April 2022, Khamis – Pengurusan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu Sprintz Designs Sdn. Bhd telah mengadakan Kursus secara atas talian bertajuk Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan untuk staf Pusat Ekonomi Digital (PEDI) daripada Putrajaya dan Linggi secara atas talian. Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan telah dihadiri oleh 9 staf pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 16, Presint 18 dan Linggi.

Hari kedua kursus berlangsung staf-staf PEDi diberi tugasan untuk menyediakan pembentangan dan membentangkan hasil kerja dalam masa yang diberi sekurang-kurangnya 30 minit mengikut syarat-syarat yang diberi oleh jurulatih kursus. Kursus ini telah diadakan sebanyak dua sesi sehari, sesi pertama bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari dan sesi kedua 2:00 sehingga 4:00 petang.

Kursus Memperkasa Komunikasi, Rangkaian dan Pembentangan telah disampaikan oleh Puan Cantiynia Ringos dari Redtone Sdn. Bhd

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas