Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 21/2022- Terlebih Kongsi, Padah Menanti
19 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini18 Oktober 2022, Selasa – Staff PEDi Presint 9 Fasa 3 telah mengikuti Program Bicara Klik Dengan Bijak Siri 21/2022- Elak Terlebih Kongsi. Program ini telah diadakan secara maya di Facebook Klik Dengan Bijak. Moderator untuk program ini ialah Ts Md Tahir Musa, Timbalan Pengarah Jabatan Program Komuniti, MCMC. Manakala penceramah pula ialah Puan Juliana Irni, Penolong Pengarah Pejabat MCMC Wilayah Persekutuan.
Initpati program ini adalah mengenai elak dari terlebih kongsi di media sosial. Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan internet di Malaysia menunjukkan 5 aktiviti yang popular, yang pertama 89.0% pengguna internet di Malaysia banyak menggunakan social media, aktiviti yang kedua 91.8% aktiviti memuat turun gambar, lagu, filem dan drama, dan juga permainan atas talian. Aktivit yang ketiga 89.4% aktiviti mencari maklmat tentang barang atau servis, yang keempat 89.2 % penggunaan aplikasi mesej seperti Whatsapp dan Telegram dan yang terakhir 86.3% memuat turun aplikasi atau software.
Puan Juliana juga turut menekankan tentang kepenting menjaga privasi semasa kita melayari internet. Antaranya adalah gambar, lokasi dan apa-apa sahaja informasi mengenai diri- dan keluarga. Hal ini kerana perkongsian melampau maklumat pribadi di laman sosial mengundang padah kepada diri apabila ia boleh disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Kesimpulanya, untuk mengelak diri dari terlebih kongsi, kawal selia kendiri diperlukan. Kawal Selia Diri adalah keupayaan untuk mengawal dan mengarah perasaan, pemikiran, dan tindakan sendiri dan sangat penting sesorang untuk mengawal emosi dan keinginan atau nafsu di runagan siber. Jadi, bijaklah berkongsi!
Program ini diadakan selama 1 jam setengah bermula 10.00 pagi hingga 11.30 pagi. Ia disertai oleh pelbagai PEDi di Malaysia. Program ini diakhiri dengan sesi menjawab kuiz pemahaman mengenai padah terlebih kongsi secara atas talian melalui website mycyber genius
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: