ORAE Oktober di PEDi Presint 9 Fasa 3

21 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

20 Oktober 2022, Khamis – 4 orang peserta lelaki, dan 1 peserta wanita telah mengikuti Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3. Peperiksaan ini yang berlangsung selama tiga jam dan bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 5:00 petang. Peperiksaan ini telah dikawalselia oleh Pn Rosfarina, pegawai daripada MCMC WPSO dengan SOP fasa endemik.

Peperiksaan Radio Amatur Berkomputer (ORAE) ini adalah suatu perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lesen radio amatur.

SKMM merupakan salah sebuah badan yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan mengendalikan Stesen Radio Amatur dan mempunyai autoriti mengeluarkan lesen bagi mereka yang telah lulus menduduki ujian Peperiksaan Radio Amatur

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas