Kelas Asas Komputer bersama Tabika Kemas Kaktus 2
21 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini21 Oktober 2022, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kemas Kaktus 2. Seramai 11 orang pelajar yang terdiri daripada 6 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 1 sesi bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan sebagainya. Selain itu, adik-adik tabika juga berpeluang belajar mengenali ABC sambil bermain dalam aktiviti (Keyboarding Zoo) melatih pelajar tabika menggunakan papan kunci sambil mengenal ABC di laman web www.abcya.com. Kelas diakhiri dengan sesi tayangan video A Ram Sam Sam
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: