Pengenalan PEDi, Rakan Digital Putrajaya & Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya
22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini21 Januari 2022 , Jumaat – Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya telah berkolaborasi dengan pihak Giatmara Putrajaya untuk menjalankan Program Pengenalan PEDi, Rakan Digital Putrajaya dan Advokasi Bersama Giatmara Putrajaya.
Program ini bertujuan untuk memberi latihan ICT dan latihan keusahawan serta advokasi kepada para pelajar serta guru-guru Giatmara. Selain itu, pada tahun ini, kita telah memperkenalkan program terbaharu iaitu Rakan Digital kepada pelajar-pelajar Giatmara. Antara kelebihan mengikuti kelas ini adalah pelajar didedahkan dengan ilmu asas ICTdan ilmu asas keusahawanan. Selain itu, pelajar juga diberi taklimat advokasi. Program keusahawanan bersama Giatmara Putrajaya ini akan berlangsung selama 6 bulan.
Aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya, Pengenalan Rakan Digital Putrajaya, Taklimat Advokasi Kempen Berita Palsu, Tayangan video Klik Dengan Bijak, dan akhir sekali Kuiz Pemahanan KDB menggunakan Kahoot it ! . Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan akhir sekali sesi bergambar bersama pelajar dan guru Giatmara. Seramai 15 orang pelajar 9 staff PEDi Putrajaya telah menyertai program yang berlansung selama 2 jam ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: