Program Malaysia ICT Volunteer (MIV) 2022, Peringkat Wilayah Persekutuan

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

19 Ogos 2022, Sabtu- Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Presint 9 Fasa 3 telah terlibat dengan program Malaysia ICT Volunteer Peringkat Wilayah Persekutuan, yang berlangsung selama 1 hari pada 22 Ogos 2022 yang bertempat di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur. SUKARELAWAN ICT Malaysia (MIV) merupakan program kesukarelawan yang dicetuskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan untuk tahun ini 2022 ditambahkan dengan pencarian usahawan yang akan dijadikan sebagai usahawan PEDi untuk dibantu.

Program ini bukan sekadar membantu komuniti menjadi celik ICT dan membudayakan penggunaan internet secara bertanggungjawab, malah lebih daripada itu, SKMM melalui inisiatif tersebut berhasrat melihat masyarakat meningkatkan sosioekonomi mereka melalui penggunaan ICT. Program dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan oleh Encik Alyas Roy Haji Amir, Pengarah Negeri, Wilayah Persekutuan (WPSO) SKMM. Diteruskan dengan sesi 1 pengenalan kepada MIV, Inisiatif SKMM & Tugasan Sukarelawan oleh Puan Siti Farahdina Basheer dari Jabatan Program Komuniti, SKMM. Sesi kedua sesi perkongsian produk & perkhidmatan POS Malaysia oleh Encik Mustaffa Khamal bin Mohd Zainun, Ketua Pembangunan Perniagaan POS Malaysia. Sesi ketiga Penggunaan Telefon Pintar untuk Fotografi, Videografi dan Aplikasi Penyuntingan oleh Encik Mohd Sufii bin Saad dari Skoodeng Studio. Sebelah petang, sesi 4 E-Bayaran oleh Puan Yatie Raheda Binti Abdul Rahman wakil dari Paynet yang banyak menerangkan kemudahan yang disediakan seperti program DuitKnow yang banyak membantu usahawan dalam perniagaan di musim pandemic. Sesi 5, Pemasaran Menggunakan Media Sosial oleh Puan Yuslina Yusoff Pensyarah Pemasaran UNISEL. Dan bersambung ke sebelah malam, Sesi 6: Kemahiran Insaniah: Kemahiran Berkomunikasi dan Berinteraksi Usahawan oleh Encik Mohd Zakri bin Rihan.

Setiap sukarelawan MIV akan melengkapkan aktiviti MIV selama 3 bulan dengan memberi maklumat kepada komuniti tentang kempen Klik Dengan Bijak, maklumat kurier oleh Poslaju dan pembayaran mudah oleh perkhidmatan Paynet serta cara-cara mengedit gambar dan video untuk tujuan promosi produk untuk bakal-bakal usahawan PEDI

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas